Friday 11 October 2013

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Sah Sudah Nikah dan Mempunyai Anak

Hujung minggu lalu, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita mengenai pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang didakwa sudah bernikah senyap-senyap dan mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

Bagaimanapun selepas sekian lama mendiamkan diri dan membirkan peminat berteka-teki, akhirnya Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tampil mengadakan sidang media petang tadi untuk menjelaskan segala spelulasi.

Bertempat di Neo Damansara, Petaling Jaya, Aeril, mengaku telah sah bernikah kali pertama pada Februari 2012 yang lalu bertempat di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya. Pada ketika itu mereka hanya bernikah tanpa sebarang dokumen dan hanya bernikah mengikut hukum syarak iaitu berwalikan bapa Wawa dan dinikahkan oleh seorang imam yang di datangkan khas dari Sabah.

“Kami telah bernikah kali pertama 25 Februari 2012 dan pada waktu itu hanya mengikut hukum syarak tanpa sebarang dokumen. Kami bernikah hanya untuk menghalalkan perhubungan dan pada masa itu Wawa meminta izin daripada saya untuk tidak mendedahkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan.

“Bagaimanapun, setelah Wawa memberitahu saya yang dia mengandung pada bulan Januari 2013, kami mengambil keputusan untuk bernikah lagi sekali dengan dia pada Februari 2013 di Masjid Datuk Harun dan pada waktu itu kami mengikut undang-undang negara.

“Kami juga mengikuti kursus kahwin dan daftarkan perkahwinan tersebut mengikut undang-undang keluarga negeri Selangor. Kami nikah kali kedua sebab saya nak anak saya lahir nanti dia ber bin kan dengan nama saya dan bukannya ber bin kan Abdullah.

“Mungkin orang beranggapan kami terlanjur tapi dari sisi agama sebenarnya anak itu memang sah di sisi agama dan Allah,” jelas Aeril.

Tuesday 1 October 2013

Saman Tetap Saman, Pakcik Azman Makin Popular!

Nampaknya kisah pertengkaran yang melibatkan isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Norshahrul Idlan Talha atau Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan masih belum berakhir lagi.

Walaupun isteri Mat Yo iaitu Aisya telah memohon maaf secara terbuka menerusi pihak media, kami dapat tahu, Aisya akan tetap dikenakan tindakan saman daripada pihak majikan Azman Mohd Nayan.

Malah, kes ini difahamkan hanya akan diselesaikan di mahkamah saja walaupun laporan polis terhadap kes ini akan ditarik balik atau tidak.

Menurut sumber, tindakan saman ini bukanlah datang sepenuhnya dari Pakcik Azman sebaliknya ia merupakan tindakan lanjut oleh syarikat keselamatan yang menjadi majikan kepada Azman yang berusia 49 tahun.

Kami diberitahu, tindakan saman ini bukanlah berunsurkan keuntungan atau membalas dendam tetapi sebaliknya demi menjaga kepentingan dan keselamatan pekerja yang bekerja di syarikat keselematan berkenaan.

Dalam pada itu, kehidupan Pakcik Azman sudah berubah dan dilihat setaraf selebriti popular tempatan apabila ramai orang mahu mengambil gambar dengannya.

Selain bersemangat untuk menyambung kerja sebagai pengawal keselamatan, Azman turut menasihat kepada orang muda supaya menghormati orang tua tidak kira kerja atau pangkat.

Yang penting, ada pihak syarikat tempatan telah berminat untuk mengambil Pakcik Azman untuk menjadi jurucakap produk disebabkan dia mendapat perhatian ramai masyarakat tempatan.

Senang cerita sebab popular. Apapun, kami nasihat kepada Pakcik Azman supaya berhati-hati membuat penilaian kerana mungkin juga ada pihak yang ingin mengambil kesempatan.

Anak Pengasas Tudung Fareeda Bakal Tunang Fizo Omar

Sebelum ini pelakon dan pengacara kacak Fizo Omar yang pernah dikaitkan dengan beberapa wanita akhirnya memilih untuk menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Bagaimanapun Fizo dikatakan akan mengadakan sidang media khas untuk mengumumkan tarikh pertunangannya dalam masa terdekat.

Pasti ramai yang sudah tahu siapa gadis bertuah yang menjadi pilihan Fizo…Kepada yang masih belum tahu, Fizo memilih model tudung Fareeda, Mawar Abdul Karim, yang juga anak kepada pengasas kepada tudung jenama itu, sebagai calon isterinya.

Difahamkan 28 Ogos lalu, keluarga Fizo telah menghantar rombongan merisik.

Friday 27 September 2013

Isteri Mat Yo mohon maaf

Siti Aisya nafi sebar video, mohon orang ramai henti cemuh suami

Kuala Lumpur: "Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas. Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku. “Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar.

Thursday 12 September 2013

Jupe Tayang Peha di Majlis Pernikahan Sendiri

Diva seksi lagi kontroversi, Julia Perez aka Jupe kini sedang rancak membuat persiapan majlis pernikahannya bersama sang kekasih, pemain bola sepak berasala dari Argentina, Gaston Castano.

Bintang filem 'Gending Sriwijaya' ini khabarnya sudah mula melakukan fitting baju pengantin akan dipakai pada hari istimewanya itu yang bakal berlangsung bulan ini.

Jupe meminta perekanya merekakan gaun pengantin dengan potongan yang seksi di bahagian peha.

"Gaston mahu saya kelihatan satu-satunya wanita paling seksi. Jadi saya ingin nampak seksi begini (dedah peha)," ujarnya.

Sementelah Jupe punya alasan tersendiri mengapa dirinya sengaja ingin memakai gaun pengantin seperti itu. Katanya, gaun tersebut akan dipakai semasa majlis resepsi nanti.

"Kami nikah di taman dan makan di yard. Saya mahu rekaan gaun seperti itu untuk memudahkan saya bergerak ke mana-mana", jelasnya seperti yang dilaporkan detikhot.com

Syazwan Zulkifli Kesal Dituduh Mabuk, Bercinta Dengan Nabila Huda

Pelakon Syazwan Zulkifli kesal ada peminat sengaja mencetuskan spekulasi konon dia menjalin hubungan istimewa dengan Nabila Huda selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, Ahad lalu.

Syazwan yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) pada hari kejadian, mempersoalkan motif peminat menyebar dakwaan itu sedangkan mereka keluar bersama kerana memenuhi komitmen tugas.

Menurutnya, dia dan Nabila berada di Kuantan bagi memenuhi permintaan Astro yang mahu mereka mempromosikan drama Jodoh Itu Milik Kita pada program jelajah Gempak Astro.

“Lagipun ini bukan kali pertama kami pergi ke mana-mana lokasi bersama. Cuma nasib tidak baik apabila kami ditimpa kemalangan.

“Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta,” katanya.

Syazwan berkata, dia bertambah kesal apabila ada pihak menuduhnya mabuk ketika kemalangan itu berlaku.

“Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” katanya yang mengaku masih dirundung rasa bersalah kerana menyebabkan anak Nabila, Keisha Laila, cedera dalam kemalangan itu.

Pelakon yang mula mengecap populariti menerusi drama Juvana ini juga bercadang mahu mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi, apabila keadaan sudah reda nanti.

'Musim Asmara' Soo Winnci Bernilai RM50 Ribu, Apa Istimewanya?

Selepas mendapat sambutan menggalakkan menerusi single pertamanya, penyanyi dan pelakon bertaraf antarabangsa Soo Wincci mengorak langkah mempromosikan single keduanya, Musim Asmara. Lagu tersebut bakal dimuatkan dalam album mini beliau yang bakal berada di pasaran pada penghujung tahun ini.

Lebih istimewa, demi menghasilkan sebuah klip video yang berkualiti tinggi setaraf klip video penyanyi antarabangsa, Soo Wincci sendiri sanggup melaburkan wangnya sebanyak RM50 ribu demi merealisasikan impiannya itu.

"Ini adalah MTV paling mahal saya di Malaysia. Kosnya yang tinggi kerana penghasilan video ni menggunakan kamera yang setanding dengan kamera untuk penggambaran filem. Hasilnya, sinematografi dalam video ini sangat menarik. Selain itu produksi kali ni boleh panggil sebagai produksi 1Malaysia. Sebab, pengarahnya Abhilash Chandra adalah berbangsa India, saya pula berbangsa Cina dan hero saya iaitu Akim, berbangsa Melayu.

"Saya tak kisah membelanjakan sehingga RM50 ribu kerana video ini juga sebagai hadiah saya kepada peminat-peminat saya di sini yang sentiasa menyokong saya. Saya juga berharap sasaran di Youtube nanti boleh mencecah seramai 1 juta tontonan dan diharap dapat memasuki program klip video popular MTV Asia.

"Video ini juga akan saya promosikan di Taiwan nanti, jadi bolehlah peminat-peminat saya di Taiwan lihat yang Malaysia juga boleh hasilkan klip video yang bertaraf antarabangsa", jelas Soo Wincci ketika di majlis pelancaran klip videonya itu, bertempat di Redbox Sogo, semalam.

Seperkara lagi yang menarik untuk diperkatakan, Musim Asmara menampilkan penyanyi Akim Ahmad sebagai hero. Menurut Wincci, dia sendiri yang mahukan Akim menjadi model dalam klip videonya itu. Ini kerana penyanyi itu menyerupai bekas kekasih lamanya sekaligus ciri-ciri yang dimiliki Akim menepati citarasanya.

"Saya dah lama dengar lagu Akim. Saya suka imej dia. Dia pakej. Sebelum ini kami hanya bertegur sapa ketika bertemu di beberapa acara-hiburan. Satu lagi, wajah Akim sama seperti bekas kekasih saya.

"Sepanjang penggambaran kami tidak sukar untuk mewujudkan keserasian walaupun pada awalnya bila pengarah meminta untuk kami berpandangan sesama sendiri, kami pasti tidak dapat menahan gelak. Kemudian saya katakan padanya, anggaplah saya sebagai kekasihnya untuk satu hari (penggambaran). Saya ada lah jatuh cinta sikit dengan Akim tapi sayangnya dia dah ada teman wanita. Jadi saya cuma sewa Akim untuk satu hari saja lah," seloroh bekas Ratu Cantik Dunia 2008/2009 ini.

Nora Danish Tak Percaya Dengan Kontroversi Adi Putra

Sebagai rakan artis yang sering bekerjasama, aktres jelita, Nora Danish secara peribadi mengakui tidak percaya dengan kontroversi yang melanda aktor kacak, Adi Putra baru-baru ini. Malah, Nora Danish berkata dia amat terkejut di saat mendengar mengenai kontroversi yang menimpa pasangannya dalam filem Aku Terima Nikahnya itu.

"Sebagai orang yang banyak berkerja dengan Abang Adi dan seseorang yang saya hormati seperti abang saya sendiri, ia membuatkan saya benar-benar terkejut dan secara peribadi tidak percaya dengan semua kontroversi itu.

"Apa-apa pun, saya tak nak komen lebih mengenai isu ini dan biarlah siasatan penuh dijalankan dahulu," katanya yang ditemui Majlis Preview Filem Lagenda Budak Hostel di e@Curve Damansara, malam semalam.

Baru-baru ini, Adi Putra telah dituduh kononnya mempunyai skandal dengan wanita yang berstatus isteri orang. Kes mereka kini masih dalam siasatan selepas kedua-dua pihak membuat laporan polis.

Pun begitu, Nora Dansih berharap Adi Putra dan isterinya, Aidaakan tabah menghadapi dugaan tersebut. Malah dia akui turut memberi kata-kata semangat kepada mereka sebaik sahaja mendapat tahu mengenai kontroversi tersebut.

"Saya pernah juga mengalami situasi yang sama di mana saya difitnah oleh orang dan sudah tentu saya juga tidak mahu diganggu oleh sesiapa dan memerlukan masa bagi meredakan keadaan.

"Oleh itu, saya ada menghantar SMS kepada dia dan isterinya agar kuat untuk menghadapi dugaan ini dengan baik," luahnya lagi.

Nora Danish bakal muncul dalam Filem Lagenda Budak Hostel pada 12 September ini bersama barisan pelakon-pelakon lain seperti Along Cham, Along Eyzendy, Epy Raja Lawak, Rahim R2, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Tuesday 10 September 2013

Yusof Kecewa Syamsul Yusof Nak Berhenti Mengarah

Individu yang merupakan tunjang utama kepada filem yang paling ditunggu pada tahun 2013, KL Gangster 2 iaitu Syamsul Yusof tidak kelihatan ketika tayangan perdana filem tersebut diadakan di TGV One Utama, Bandar Utama, malam semalam.

Bercakap bagi pihak anaknya itu, Datuk Yusof Haslam ketika bercakap dalam sidang media filem tersebut telah melahirkan kerisauan kepada pihak media apabila Syamsul telah menyuarakan hasrat untuk berhenti mengarah akibat kebocoran filem arahan kelapannya itu di internet.

Biarpun dipujuk dan diberikan semangat, Syamsul khabarnya masih tetap berduka dan masih tidak boleh menerima hakikat bahawa ada pihak yang sanggup mensabotaj filem yang dijangkakan bakal meraih kutipan minimum sebanyak RM 15juta melalui survey yang dijalankan di seluruh pawagam negara.

"Dia kecewa sangat. Dia kata, dia tak boleh terima apa yang berlaku ni. Saya faham perasaan dia. Sebagai anak muda tentu sukar bagi dia berdepan dengan situasi begini. Sebab itu hari ni dia tak boleh datang. Sebelum saya ke sini tadi, saya ada katakan pada di, supaya cekalkan hati. Saya akan terus menyokong dia walau apa pun yang berlaku.

"Tapi yang saya risau, dia kata dia nak tarik diri daripada industri filem. Dia dah tak mahu mengarah lagi. Syamsul ni jenis degil, kalau dia kata dia nak buat sesuatu tu, dia akan buat. Ini yang cukup membimbangkan saya.

"Sebenarnya saya juga jadi tak keruan gara-gara isu filem ini disabotaj. Tapi saya yang berusia 60 tahun ni kena tunjukkan yang saya kuat semangat di hadapan dia yang baru berusia 29 tahun.

"Iyalah, budak muda ni kadang-kadang mereka ni tak cekal", dedah Datuk Yusof Haslam mengenai luahan anaknya itu kepada wartawan.

Namun begitu sebagai otai atau orang lama dalam dunia pembikinan filem, Datuk Yusof Haslam tidak akan berdiam diri dan akan meneruskan perjuangannya dalam bidang ini. Dia juga tidak akan berhenti untuk mencari siapakah dalang yang cuba merosakkan industri perfileman negara, hingga mengakibatkan anaknya kini patah semangat dan mahu berhenti mengarah filem.

KL Gangster 2 yang merupakan filem prekuel kepada KL Gangster mula dihasilkan sejak pertengahan 2011. Filem terbitan Skop Production yang menelan kos RM 4.5 juta ni menampilkan barisan pelakon seperti Aaron Aziz, Adi Putra dan Rosyam Nor.

Anne Ngasri Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Pelakon dan pengacara, Anne Ngasri selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital KPJ Tawakal Kuala Lumpur pada jam 5.55 petang semalam.

Kakaknya, Darling Ngasri yang kini sedang melawat Anne di hospital mengesahkan adiknya itu selamat melahirkan bayinya secara normal dengan berat 3.4 kilogram.

"Syukur, Anne selamat melahirkan bayinya secara normal semalam. Saya gembira untuknya. Sekarang dia masih lagi berada di hospital bersama bayinya.

"Dia masih lagi sibuk menetapkan nama untuk bayinya. Insya Allah, selepas Anne dibenarkan pulang, dia akan berpantang dengan Mama di rumah,"katanya kepada murai.com.my ketika dihubungi.

Anne melahirkan bayi sulung untuk perkahwinan kali kedua Anne bersama suami Mohd Sumali Reduan, 42. Pasangan ini bernikah pada 22 Disember tahun lalu.

Hasil perkahwinan pertama Anne terdahulu, dia telah dikurniakan 3 orang anak iaitu Abdul Warits, 5, Abdul Wafri, 4 dan Nazharah Afrozah, 2.

Adi Putra: Saya Masih Sayang & Cintai Isteri Saya

Berhubung kontroversi melibatkan Adi Putra menjalinkan hubungan sulit bersama isteri orang, jelas Adi perkara tersebut masih lagi berada di bawah siasatan.

Oleh yang demikian dia tidak boleh memberi sebarang kenyataan berhubung kes tersebut.

Janji Adi setelah segalanya selesai, dia akan mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan keadaan sebenar yang telah berlaku.

Walaubagaimanapun Adi akur bergelar selebriti, bermakna mereka milik masyarakat. Orang ramai sentiasa mahu tahu apa yang berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

“Apa jenis keadaan pun, saya kena lalui. Walau apa pun terjadi, saya harus profesional. Bergelar selebriti bermakna saya milik masyarakat”

Buat masa sekarang Adi cuma mampu mendiamkan diri dan bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapinya.

Namun jelas Adi, dugaan yang dihadapi kini tidak langsung menjejaskan perjalanan kariernya.

Bagi Adi rezeki yang diterima adalah dari Allah. Takde sesiapa berkuasa menutup pintu rezeki manusia selain Allah.

“Saya tidak risau tentang pintu rezeki saya. Itu semua adalah perjanjian dari Allah. Walau apa pun, saya perlu bekerja bagi menyara keluarga saya.”

Turut sama terkena tempias ketika kontroversi Ini terjadi tentunya isteri Adi, Aida Yusof. Jika sebelum ini pasangan ini pernah mempunyai masalah rumahtangga dan hampir bercerai.

Aida turut dilihat sama menemani suaminya di malam tayangan media KL Gangster 2 malam tadi.

Jelas Adi, Aida sentiasa bersamanya. Hubungan dia dan isteri semakin rapat. Malah Adi merancang membawa keluarganya bercuti.

“Setakat ini hubungan kami suami isteri baik. Malah dialah satu-satunya isteri yang saya sayang dan cintai. Dia sentiasa bersama saya walau susah dan senang. Saya nak bawa isteri dan anak kami Adelia bercuti. Masih nampak hubungan kami goyah?”

Monday 9 September 2013

Isu Jalin Hubungan Sulit : Adi Putra Akui Tertekan

Dikala rata-rata peminatnya sukar untuk percaya apatahlagi menerima berita yang cukup mengejutkan mengenai pelakon berkaliber, Adi Putra ekoran isu dia didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan isteri seorang ahli perniagaan, aktor kesayangan ramai ini mengakui dirinya sekarang sekarang tertekan.

Namun Adi berkata, dengan adanya sokongan isteri tercinta, Aida Yusof dan rakan-rakan menguatkan lagi semangatnya berdepan dengan hal itu.

"Mana-mana manusia pun pasti tertekan. Di sebelah sekarang ini adalah isteri saya, keluarga dan rakan-rakan yang buat saya rasa tidak tertekan.

"Ini kerana sudah menjadi lumrah anak seni untuk dibual bicarakan. Kalau saya bukan dalam dunia selebriti orang tidak akan ambil berat tentang saya,” katanya.

Adi juga berkata, kontroversi terbabit tidak sekalipun mengganggu kariernya kerana beliau menganggap perkara itu adalah ujian yang harus diterima daripada Tuhan.

“Alhamdulillah secara ikhlas saya rasa ia tidak ganggu aktiviti seni saya kerana apa yang diputuskan dan rezeki yang diberi itu adalah kuasa Allah", katanya seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Dalam pada itu kami difahamkan Adi Putra bakal mengadakan satu sidang akhbar khas dalam minggu ini, bagi menjelaskan segalaya mengenai isu tersebut. Sama-sama kita menantikan penjelasan daripada beliau.

Tangan Anak Nabila Huda Retak, Syazwan Zulkifly Mohon Maaf

Vokalis kumpulan Search iaitu Amy menjelaskan cucunya iaitu Keisha Laila yang juga anak kepada Nabila Huda hanya mengalami retak pada bahagian tangan kirinya dan bukan patah seperti laporan yang tersiar di Internet.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman turut memberitahu Nabila hanya mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Bentong, Pahang.

"Alhamdulillah keadaan cucu saya tidak membimbangkan cuma mengalami retak pada tangan dan bukannya patah. Nabila juga hanya mengalami kecederaan ringan pada kakinya akibat terkena kaca yang pecah," katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Ahad, kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dinaiki Nabila Huda bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun serta seorang lelaki yang dipercayai pelakon Syazwan Zulkifly terbabas di kilometer 71 Lebuh raya Pantai Timur arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

Kenderaan terbabit dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas. Mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang.

Tambah Amy, Keisha kini ditempatkan di Pusat Perubatan KPJ Damansara di sini untuk pemeriksaan lanjut selepas ditahan di Hospital Bentong petang Ahad.

Dalam pada itu, Amy berkata, dia terkejut apabila mengetahui kejadian itu daripada kenalan Nabila yang juga seorang pelakon dipercayai pemandu kereta berkenaan.

Amy berkata, dia bagaimanapun lega apabila diberitahu kejadian yang menimpa mereka tidak serius dan semua dalam keadaan selamat.

"Sudah tentu saya terkejut kerana mendapat panggilan itu daripada orang lain dan bukan Nabila sendiri. Syukur mereka semua selamat," tuturnya.

Sementara itu, bekas suami Nabila iaitu Zaidy Zailani menerusi laman Twitter pada pagi Isnin berkata, keadaan anak kesayangannya itu tidak serius dan dakwaan mengatakan tangan dan kaki kanak-kanak itu patah adalah tidak benar.

Bagaimanapun katanya, pemeriksaan imbasan otak yang dilakukan terhadap Keisha menunjukkan tiada sebarang masalah dan berkemungkinan dibenarkan keluar pusat perubatan itu petang Isnin.

Dalam pada itu Zaidy turut menegur sikap Syazwan Zulkifly kerana tidak menyapa dan bersalaman dengannya ketika di pusat perubatan KPJ Damansara.

Bagaimanapun Syazwan menerusi Twitter yang dikirimkan terhadap Zaidy memohon maaf terhadap peristiwa itu dan berjanji untuk bertemu bagi membincangkan hal berkenaan.

“Saya pun rasa kesal dengan apa yang jadi. Maafkan saya sebab tak tahu awak yang mana tadi. Kalau tahu ‘for sure’ saya akan ‘approach’ awak..maafkan saya,” kata Syazwan dalam Twitter miliknya pada Ahad.

Shila Amzah Tidak Melatah Dihentam Peminat

Penyanyi Shila Amzah mengakui lebih selesa mendiamkan diri apabila dihentam oleh para pengikut di laman sosial seperti Instagram atau Twitter yang tidak berpuas hati tentang imej dan caranya bergambar.

Shila, 23, berkata, dia tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut dengan bertikam lidah dengan mereka yang mengkritiknya kerana beranggapan perkara itu sia-sia.

"Saya juga seorang manusia biasa yang masih jauh perjalanan hidup dan akan melakukan kesalahan. Apabila orang mengkritik saya tidak boleh cepat melatah dan mendiamkan diri adalah lebih baik dan dapat mengelakkan perkara yang lebih buruk.

"Bagaimanapun jika komen yang membina dan boleh merubah ke arah yang lebih baik saya terima dengan hati terbuka," katanya.

Sebelum ini, Shila sering menjadi sasaran para pengikutnya tentang cara dia berpakaian yang dikatakan mengikut susuk tubuhnya dan tidak sesuai sebagai seorang yang mengenakan tudung.

Mengulas lanjut mengenai caranya berpakaian, Shila berkata, dia hanya menjadi dirinya sendiri dan mengenakan pakaian yang selesa namun masih menutup auratnya sebagai seorang muslimah.

Malah kata Shila, dia juga melakukan beberapa perubahan dari segi pemilihan pakaian dan mengakui imejnya sebelum ini kelihatan seperti wanita berusia.

"Saya masih muda dan rasanya tidak salah memakai pakaian yang sesuai dengan usia saya yang baru sahaja 23 tahun. Bila saya tengok balik imej saya sebelum pakai tudung seperti orang tua," jelasnya.

Sementara itu, Shila yang bakal melancarkan album berbahasa Malaysia pada penghujung bulan ini berkata, selapas ini dia bakal sibuk dengan pelbagai aktiviti di Shanghai, China.

Jelasnya, besar kemungkinan dia akan menetap di sana buat satu jangka masa lama dan akan jarang kembali ke tanah air.

"Sebenarnya pihak pengurusan di sana sudah merangka pelbagai program untuk saya dan semakin susah untuk balik ke Malaysia. Bagaimanapun nasib baik saya dilepaskan untuk pelancaran album pada penghujung bulan ini," jelasnya.

Adi Putra Bakal Berdepan Hukuman Penjara?

Pelakon popular tanah air bakal berdepan hukuman penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika siasatan mendapati dia bersalah terhadap dakwaan menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi Whats App Mesengger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asissten Komisioner Ruslan Hassan berkata siasatan kes itu mengikut seksyen 509. Kanun Keseksaan. Bagaimanapun semua hanya boleh ditentukan mahkamah. “Setakat ini siasatan masih dijalankan dan kertas siasatan juga masih belum dihantar kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya”, katanya.

Pada masa sama Ruslan berkata pihaknya masih menunggu laporan analisis yang dibuat terhadap telefon bimbit milik wanita lingkungan 30-an terbabit.

“Telefon bimbit itu disita sebelum dihantar ke makmal forensik untuk dianalisis bagi membantu siasatan kes ini. Kami masih menunggu hasil analisis berkenaan bagi proses selanjutnya.

Berdasarkan satu laporan polis seorang lelaki dipercayai suami kepada wanita terbabit, pelakon itu kononnya di dakwa menghanar gambar berkenaan melalu WhatsApp kepada isteri pengadu.

Pengadu yang juga ahli perniagaan berusia 56 tahun mendakwa pelakon ini berkomunikasi dengan isterinya sejak penghujung Julai lalu dan berlarutan sehingga Ogos lalu.

Suami wanita itu dikatak menemui perbualan pelakon berkenaan dengan isterinya selalin gambar terbabit sebelum melaporkannya di balai Polis Skudai. Manakala si pelakon pula turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa dia diugut seseorang.

Thursday 22 August 2013

Uqasha Senrose Mengaku Diraba PA Sendiri

Aktres yang sedang meningkat naik namanya, Uqasha Senrose mengakui dia pernah diraba pengurus peribadinya (PA) sendiri ketika sedang tidur. Kesal dengan perbuatan terkutuk individu tersebut, teraju utama filem Paku Pontianak ini lantas membuat keputusan memecat pengurus peribadinya itu serta merta.

Menurut Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen, 21, dia sama sekali tidak menyangka bekas pengurusnya yang juga seorang pengkid itu tergamak mengkhianati kepercayaan yang diberikan kepada individu berkenaan.

"Tak perlulah saya sebut namanya. Perkara tu berlaku ketika saya di set penggambaran drama Ratu Suhada, baru-baru ini. Ketika tu saya sedang tidur di dalam kereta. Ketika tu lah dia meraba saya. Tapi nasib baik lah saya cepat tersedar.

"Selepas kejadian tu saya terus pecat dia sebab saya memang tak selesa dengan dia. Sebenarnya saya baru saja kenal dia. Masa mula-mula kenal, dia okay saja. Jadi saya percaya dan terus ambil dia bekerja dengan saya. Lagipun sebelum ini dia punya pengalaman menguruskan beberapa artis lain", kata Uqasha ketika ditemui pada sesi preview filem Paku Pontianak, di Sunway Pyramid, malam tadi.

Enggan memperbesar-besarkan perkara tersebut, Uqasha tidak membuat lapoan polis berhubung hal itu.

Uqasha turut memberitahu sehingga kini dia masih belum mencari pengurus peribadinya yang baru kerana buat masa ini dia selesa menyerahkan segala urusan yang melibatkan aktiviti seninya kepada pihak pengurusan yang dinaungi iaitu MIG.

Beri Pekin Tempoh Setahun

Dalam pada itu diminta mengulas mengenai laporan media dia kononnya telah menerima rombongan merisik oleh pihak keluarga kekasihnya pelakon Pekin Ibrahim, gadis kacukan Kelantan-Siam ini tanpa berselindung mengesahkan hal tersebut.

"Ya, dia (Pekin) datang hantar rombongan merisik pada bulan Julai lalu. Hanya merisik dan kami tak bertunang. Tapi untuk ke arah perkahwinan tu rasanya bukan tahun ni sebab buat masa sekarang masing-masing sibuk dengan kerjaya masing-masing.

"Dalam masa setahun ni kami beri tempoh pada diri masing-masing untuk cari duit dan mengenali lebih lagi hati budi antara satu sama lain", tuturnya.

Uqasha dan Pekin dikatakan mula menjalinkan hubungan intim ketika mereka berdua menjalani penggambaran filem Paku Pontianak sekitar Februari lalu. Kisah cinta pasangan ini mula didedahkan apabila gambar percutian mereka berdua di Phuket tersebar di internet beberapa bulan lepas.

Biarpun baru lebih kurang tujuh bulan mengenali Pekin namun kata Uqasha keperibadian Pekin yang tegas tapi dalam masa sama seorang yang budiman membuatkan hatinya tertarik pada pelakon filem Bunohan itu.

"Dia seorang yang genius, tegas tapi dalam masa sama dia ada kelembutan dalam dirinya dan dia juga seorang yang peramah. Dia rapat dengan keluarga saya", katanya.

Perkembangan lain, selain muncul menerusi filem Paku Pontianak yang akan ditayangkan pada 22 Ogos ini, Uqasha juga baru selesai mejalani penggambaran drama bersiri Ratu Suhada dan akan ditayangkan di saluran RTM, tidak lama lagi.

Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw & Faizal Tahir Sertai Keluarga AF 2013

Sebut saja Akademi Fantasia, tidak sah kalau tidak ada kejutan! Kembali memeriahkan dunia seni hiburan tanahair dengan Akademi Fantasia 2013 (AF 2013), buat pertama kali dalam sejarah penerbitan program realiti popular ini membawa masuk tiga orang penghibur popular yang cukup disegani iaitu Dato' Siti Nurhaliza, Melly Goeslaw dan Faizal Tahir.

Ketiga-tiga penghibur ini akan menerajui barisan tenaga pengajar sebagai 'Inspirer' (pengilham) untuk memberi bimbingan dan berkongsi pengalaman malah mereka akan memberi inspirasi kepada bintang-bintang AF dalam mempersiapkan mereka sebagai bintang masa depan.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata pemilihan ketiga-tiga selebriti ini berdasarkan kredibiliti masing-masing selain menggantikan peranan pengetua seperti musim-musim terdahulu.

"Kali ini AF 2013 tidak ada pengetua sebaliknya tiga selebriti ini dipilih bagi memberi inspirasi dan secara tidak langsung menggantikan fungsi pengetua. Ini juga sebagai perubahan pada AF kali ini supaya menjadi lebih segar dan relevan. Malah kita juga yakin ketiga-tiga selebriti ini mampu memberi sesuatu yang berbeza," katanya pada sidang media memperkenalkan tenaga pengajar AF 2013, bertempat di Rooftop Lot10, Kuala Lumpur, petang semalam.

Dalam pada itu Dato' Siti Nurhaliza berkata, kehadiran mereka bukan untuk mencelarukan para pelajar tetapi lebih kepada berkongsi pengalaman dan memberi motovasi. Dengan pengalaman yang dikongsikan oleh beliau, Melly dan Faizal Tahir, terpulang kepada pelajar itu sendiri untuk mencipta identiti tersendiri sebagai seorang penghibur apabila mereka keluar dari akademi kelak.

"Bila saya dapat tahu AF nak diadakan semula dengan konsep yang berbeza saya terpanggil untuk menerima tawaran berkongsi pengalaman saya kepada mereka yang benar-benar bersungguh nak jadi artis yang berjaya. Saya digolongkan dalam kategori artis yang hanya mempunyai bakat. Diawal pembabitan saya dalam industri saya tak belajar vokal dan teknik-teknik nyanyian. Saya bermula dari bawah. Jadi saya rasa kenapa tidak saya kongsikan pengalaman saya selama 18 tahun ini kepada bakal-bakal bintang.

"Ia juga satu tanggungjawab besar kerana selain berkongsi pengalaman kami juga memberi motivasi kepada mereka. Kehadiran kami bukan untuk mencelarukan para pelajar malah saya rasa mereka bertuah kerana masing-masing antara kami mempunyai pengalaman berbeza dan cara yang berbeza bagaimana melalui perjalanan seni kami", kata Dato' Siti Nurhaliza disamping Melly Goeslaw dan Faizal Tahir ketika ditemui sejurus usai sidang media.

Disamping turut dibawa masuk menyertai keluarga AF 2013, tiga orang tenaga pengajar baru iaitu dua perela tari yang cukup berpengalaman, Alam Wakaka dan Suhaili sebagai koreografer. Manakala pelakon popular, Fizz Fairuz sebagai guru seni persembahan serta mengekalkan Cikgu Shafie sebagai guru vokal AF 2013.

Program AF 2013 akan bermula dengan Galaxy AF pada 2 hingga 5 September depan, diikuti dengan tayangan Prelude Top 24 pada 6 September 2013. Manakala konsert pertama akan bersiaran secara langsung setiap Sabtu, pukul 9 malam bermula 14 September depan di Astro Ria.

Isu Video Tidak Berseluar, Kilafairy Tampil Beri Komen

Baru empat tahun berada dalam bidang seni, pelakon, Kilafairy sudah pun di kritik hebat oleh peminat gara-gara video kontrovesi yang dimuat naik olehnya sendiri di laman Instagram. Menurut Kila, isu video yang kononnya dia tidak memakai seluar itu telah disalah anggap oleh peminat. “Video itu sebenarnya adalah dari sesi fotografi yang bertujuan untuk mempromosikan baju jenama fesyen saya. Saya memakai seluar legging berwarna kulit, memang nampak macam tidak pakai disebabkan ianya berwarna kulit, sebab itu orang ingat saya tidak pakai seluar.” ujar Kila atu nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan. Bagi anak bongsu kepada penyanyi Rohana Jalil ini, isu tersebut sedikit pun tidak menganggu kehidupannya malah dia lebih selesa bersikap positif dari memikirkan tuduhan negatif yang dilemparkan terhadap dirinya. “Saya tidak ambil kisah pun, saya lebih suka berfikiran positif. Kepada yang tersinggung, saya minta maaf dan video tersebut telah saya padamkan dari laman Instagram saya. Isu tersebut memberi pengajaran kepada saya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati, tidak mahu perkara yang sama berulang.” ujar pelakon berusia 21 tahun ini. Dalam perkembangan lain, Kila bakal memulakan penggambaran telemovie ‘Beranak Dalam Kubur’ arahan Michael Ang September ini selain sibuk menyiapkan single keduanya.

“Dialah Calon Isteri Terbaik Untuk Saya…” - Pekin

Hubungan cinta di antara Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose bukan lagi rahsia, malah pada Julai lalu rombongan merisik sudah dihantar oleh pihak lelaki.

Menurut Pekin, mereka telah menjalinkan hubungan cinta sejak lapan bulan yang lalu dan sudah bersedia untuk ke fasa seterusnya setelah mengenali hati budi masing-masing.

“Saya telah merisik Uqasha pada Julai lalu, itu boleh dikira sebagai majlis pertunangan secara tidak rasmi kami dan inshaAllah, kami akan mendirikan rumah tangga dalam masa setahun lagi.” ujar pelakon yang berasal dari Kelantan ini.

Menurut Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, yakin bahawa Uqasha merupakan jodoh terbaik untuknya.

“Saya tidak tahu apa yang bermain difikiran saya pada waktu itu, tetapi sejak terpandang dia , hati saya terus terpaut untuk berkahwin.

“Malah hati saya terdetik bahawa dialah calon isteri terbaik untuk saya dan saya pun terus ajak dia kahwin.” ujarnya lagi.

Hubungan mereka juga turut mendapat restu dari kedua-dua belah pihak, malah Pekin juga semakin kerap menghabiskan masa bersama keluarga Uqasha yang juga merupakan kakak kepada pelakon Nellydia Senrose jika ada kelapangan.

Rita Rudaini Akui Pernah Dihalau Ahli Keluarga Aidil Zafuan

Nampaknya krisis rumah tangga antara pelakon terkenal, Rita Rudaini dan pemain bola sepak kebangsaan Aidil Zafuan bakal berpanjangan apabila Rita Rudaini baru-baru ini mengakui pernah dihalau semasa sedang mengandungkan anak sulung mereka.

Sejak mereka berdua bergelar suami isteri, Rita mengakui hanya sempat menikmati kebahagian berumah tangga hanya dalam masa sembilan bulan sahaja. Selepas itu pelbagai rintangan dan cabaran yang perlu dihadapi mereka berdua selepas terpaksa turun naik mahkamah selama dua tahun untuk tuntunan kes cerai.

“Kebahagian rumah tangga kami hanya bertahan sembilan bulan yang pertama sahaja. Ini kerana sejak campur tangan keluarganya, kami mula sering bergaduh dan ianya berpunca daripada masalah keluarga Aidil bukan dari kami sendiri.

“Aidil mula berubah sikap setiap kali selepas pulang menziarahi keluarganya di Seremban. Ada saja perkara yang mencetuskan pergaduhan setiap kali pulang ke Seremban, sehingga rasa tidak sedap hati. Bagaimana dia hendak jadi pemimpin yang baik kalau masih dikawal oleh keluarga.

“Jangan cakap saya bukan isteri yang taat jika tidak tunjuk teladan baik kepada saya dan anak-anak,” ujar Rita seperti dipetik menerusi Berita Harian.

Lebih parah apabila baru-baru ini Aidil dikatakan sudah menceraikan Rita menerusi satu kiriman SMS pada 27 Ramadan yang lalu. Tindakan tersebut menimbulkan isu hangat selepas Rita menuduh Aidil dan keluarga mertuanya sebagai cetek ilmu agama gara-gara mengambil jalan mudah menceraikannya pada penghujung bulan Ramadan.

Menurut Rita, dia kini tidak kisah jika masyarakat sekeliling mahu memandangnya serong setiap kali kenyataan yang keluar dari mulutnya yang menimbulkan kontroversi. Rita turut mendendahkan dia pernah dihalau oleh kaka Aidil tanpa belas kasihan pada suatu ketika dahulu.

“Saya cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya walaupun adik-beradik Aidil tidak menerima saya. Saya tetap bertanyakan khabar orang tuanya serta kerap mengirim makanan untuk keluarga Aidil setiap kali pulang menemui mereka.

“Keadaan menjadi semakin pelik apabila Aidil menyatakan hasrat untuk menceraikan saya sewaktu usia kandungan anak kedua kami mencecah tujuh bulan. Ibu bapanya turut berubah sikap dan meminta saya tidak menganggu mereka serta Aidil. Alasan mereka supaya tumpuan Aidil pada latihan tidak tertanggu.

“Malah saya pernah di halau dari rumah kakak Aidil tanpa rasa belas kasihan, sedangkan ketika itu saya sarat mengandungkan anak sulung kami. Niat saya cuma satu untuk bersemuka dengan keluarga Aidil mendapatkan restu mereka tetapi menjadi detik yang sangat menyedihakn apabila dihalau keluar.

“Tidak cukup dengan itu, saya dilemparkan dengan kata-kata nista kerana saya lebih tua daripada Aidil dan sudah berstatus janda sebelum ini,” jelas Rita lagi.

Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia lebih kurang setahun.

Tuesday 20 August 2013

Teguran Pemandu Teksi Buat Maya Teringin Ujibakat di London

Penyanyi dan pelakon Maya Karin menyimpan hasrat mahu menjalani ujibakat di London sebagai pelakon teater muzikal. Keinginan itu tiba-tiba timbul gara-gara selepas menerima teguran daripada seorang pemandu teksi di kota raya metropolitan itu ketika dia pergi bercuti di sana baru-baru ini.

"Baru-baru ni saya bercuti di London. Masa tu, saya nak ke Royal Albert Hall untuk menonton sebuah teater muzikal klasik. Jadi saya naik teksi ke sana. Masa dalam perjalanan, tak semena-mena pemandu tu berkata pada saya, "Oh, Royal Albert Hall, anda buat persembahan di sana?". Saya pun jawab, "Oh, harap-harap satu hari nanti"

"Selepas tu terus buat saya terfikir, alangkah bagusnya kalau saya dapat peluang sertai ujibakat di London. Teringin juga nak jadi salah seorang pelakon yang menjayakan persembahan muzikal klasik di sana. Kalau lah dapat peluang berlakon ala teater Natrah, tentu seronok. Ada adegan menari-nari sikit tapi tak nak lah adegan air mata...", cerita duta produk kecantikan L'Oreal ini sambil tersenyum.

Tak Dapat Bertanding APBBH Tahun Depan Sementara itu menyentuh perkembangan kerjaya, Maya yang bakal mereleasekan album terbaru hujung tahun ini turut mendedahkan yang dia mungkin tidak dapat bertanding dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun depan kerana keempat-empat filemnya yang telah selesai penggambaran tidak akan ditayangkan pada tahun ini.

"Saya ada empat filem dah siap. Tapi saya difahamkan filem-filem itu tidak akan direlease tahun ini kerana situasi sambutan di pawagam sekarang perlahan. Maka filem-filem itu akan ditayangkan tahun depan. Jadi nampaknya saya tak dapat lah bertanding tahun depan untuk kategori pelakon filem wanita sebab dalam syarat seseorang pelakon itu perlu ada produk dalam tahun ini", ujarnya.

Namun begitu tidak terkilan sekiranya tidak dicalonkan kerana pencapaian yang diperolehi menerui anugerah dianggap sebagai bonus. Sebaliknya apa yang lebih penting masyarakat mengingati setiap filem lakonannya, itu sudah memadai.

"Ini kali kedua saya tak bertanding tapi tak mengapa. Anugerah bukanlah terlalu penting dalam kerjaya saya. Kalau dapat, ia satu bonus. Sebenarnya nak ikutkan orang tak berapa ingat pasal anugerah yang saya menang pun tapi saya bersyukur sangat sebab orang ramai yang ingat filem-filem saya.

"Macam dalam musim raya, hampir semua stesen TV tayangkan filem-filem saya seperti Cun, Ombak Rindu dan Pontianak Harum Sundal Malam. Apa yang pening, saya mahu berikan yang terbaik dan hasilkan filem yang berkualiti yang akan ditayangkan bertahun-tahun lamanya selagi ia masih relevan ditayangkan", tuturnya yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik Pesta Filem Asia Pasifik'04 di Fukuoka, Jepun juga di Estepona Fantasy and Terror Film Festival'05 di Sepanyol.

Isu Aksi Ghairah, Berkemban: Bukan Porno Tapi Pendidikan Seks

Filemnya belum pun lagi ditayangkan namun beberapa hari ini nama pelakon seksi Marsha Milan Londoh menjadi bualan hangat ramai ekoran lakonannya yang bergandingan bersama pelakon veteran handalan, Wan Hanafi Su dalam Laga sebagai suami isteri. Apa yang diperkatakan ialah sedutan filem arahan Ismail Yaacob itu yang memaparkan babak ranjang antara Wan Hanafi Su dan Marsha mula tersebar di internet.

Memetik kenyataan di Kosmo! hari ini, Marsha berkata sebagai pelakon dia bersikap profesional. Bahkan dia sama sekali tidak terfikir orang akan mempertikaikan aksinya itu kerana babak tersebut sebenarnya bukanlah seperti yang disangka ramai.

Tidak merasakan yang dirinya diekploitasi sebagai pelaris filem sebaliknya Marsha berkata dia berasa selesa sepanjang penggambaran, termasuklah melakonkan babak tersebut. Terpulang kepada penonton mahu menilainya tetapi dia berharap peminat filem tanah air dapat menonton dahulu filem tersebut sebelum menghentam dirinya hanya kerana satu babak panas itu sahaja.

"Sebelum penggambaran bermula, pengarah awal-awal sudah beritahu saya terdapat babak atas katil bersama Wan Hanafi Su. Dia menerangkan kepada saya tentang syot dan keperluan babak itu secara terperinci. Sebagai pelakon, saya juga tidak mahu masalah timbul di kemudian hari hanya kerana satu babak itu", katanya.

Sementara itu dalam laporan sama, pelakon Wan Hanafi Su berkata, babak itu bersifat mendidik bukannya nampak seperti filem porno.

"Dalam skrip sebelum babak itu, bidan ada memberitahu, jika ingin dapat anak harus mengangkat kaki isteri tinggi-tinggi, jadi hanya babak itu yang dipaparkan. Tidak ada sebarang babak ghairah seperti yang difikirkan orang ramai. Rasanya selepas tonton sepenuhnya filem ini, tidak akan ada sebarang impak negatif kerana saya bukannya melakonkan babak rogol", bidasnya.

Black Nikahi Anak Saudara Umie Aida 13 September Depan

Selepas berdepan bermacam dugaan sejak bertunang kira-kira tujuh bulan lalu, penyanyi Hanifah Md Hanafiah atau Black akhirnya mengumumkan beliau bakal melangsungkan majlis pernikahan dengan gadis pilihannya, Naquira Yasira Mohd Khairi atau dikenali dengan panggilan Cira Khairi, pada 13 September depan.

"Saya memilih tarikh 13 September bukan kerana ada makna apa-apa tapi disebabkan ia jatuh pada hari Jumaat dan adalah afdal kalau majlis dilangsung sebelum solat Jumaat", kata juara Mentor musim ketiga (Mentor3) ini pada sidang media khas mengumumkan tarikh hari bahagianya itu bertempat di Zebra Square, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah kedua ibu bapa Black, Md Hanafiah dan Muslamah Othman.

Majlis akad nikah akan diadakan pada 13 September 2013 di Zebra Square.

Sementara majlis resepsi bertemakan 'English Garden' akan berlangsung sehari selepas itu iaitu pada 14 September di tempat yang sama. Manakala satu majlis khas di Flat PPR Kerinchi, Pantai Dalam akan diadakan pada 15 September.

Sebelum ini, penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ni merahsiakan majlis pertunangannya yang diadakan pada 26 Januari lalu.

Berkongsi sikit tentang bakal isterinya Black mendedahkan gadis kelahiran Pulau Pinang itu juga merupakan anak saudara kepada Dato' Paduka Khairuddin Abu Hassan atau dikenali sebagai Abang K iaitu suami kepada aktres popular, Datin Paduka Umie Aida.

"Dia berusia 28 tahun. Dia juga adalah anak saudara kepada suami Umie Aida. Saya kenal dia hanya dua bulan. Kami bertemu pertama kali di Dataran Merdeka.

"Pada mulanya dia tak kenal pun yang saya ni seorang artis kerana dia baru pulang dari melanjutkan pelajarannya di Melbourne, Australia.

"Dia seorang yang simple dan dia boleh terima saya seadanya. Sekarang ini dia bekerja dengan abangnya menguruskan perniagaan", ujar Black.

Adi Putra Selamat Dibedah Sebaik Pulang Dari Surabaya

Semalam, peminat dikejutkan dengan paparan gambar dari akaun Instagram Aida yang memuatkan gambar suaminya di dalam ambulans. Adi yang baru tiba dari Surabaya, Indonesia terus dibawa ke hospital selepas mengadu sakit dan doktor mengesahkan dia menghidap kencing berdarah dan batu karang.

Keadaan Adi sekarang stabil dan perlu berehat kerana masih mengalami kesakitan. Dia menjalani pembedahan yang dijadualkan pada jam 9.30 pagi esok (hari ini),” kata Aida Yusof, isteri kepada aktor popular Adi Putra.

Sebelum ke Surabaya, Adi sudah mengadu sakit dan sudah dibawa ke Hospital Prince Court, katanya.

Bagaimanapun, dia terpaksa ke Surabaya kerana menjalani penggambaran video klip.

Tetapi kemudian dia menghubungi saya dan memberitahu keadaan sakitnya semakin teruk dan terus dibawa ke hospital sebaik tiba di sini, katanya.

Monday 19 August 2013

Yusof Haslam Pengsan, Dikejarkan ke Hospital Tawakal

Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam, 59, dikejarkan ke Hospital Tawakal di sini setelah rebah di rumahnya kira-kira pukul 9 pagi ini.

Menurut anaknya yang juga seorang pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, keadaan ayahnya masih belum diketahui kerana pihak hospital memerlukan sedikit masa bagi mengenal pasti masalah kesihatan pengarah tersebut.

Saya Sudah Hilang Sabar, Rita Tak Jujur - Aidil Zafuan

Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak. Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.

Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian hari ini, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.

Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.

Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil

"Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.

"Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak ernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban

"Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkan lah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.

Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu.

Mamat Tak Terkejar-kejar Ajak Kekasih Kahwin

Agak lama juga tidak mendengar khabar bekas anggota kumpulan Sepah yang cukup terkenal dengan pelbagai kontroversi, Mamat. Sementelah kehadirannya pada malam Anugerah Lawak Warna yang berlangsung malam Jumaat lalu mencuri tumpuan banyak lensa kamera. Apatah lagi kemunculan Mamat turut ditemani seorang gadis persis wajah pelakon Linda Hashim.

"Ni bakal isteri saya, Nurul Syafiqah aka jelmaan Linda Hashim", gurau Mamat sambil memperkenalkan teman wanitanya kepada wartawan

Diajak bercerita lanjut mengenai kekasihnya itu Mamat memberitahu mereka bertemu di gedung membeli-belah, Johor Premium Outlets (JPO) Johor, dan mula berkawan rapat sejak setahun lalu.

"Saya jumpa dia (Syafiqah) dekat JPO. Masa tu dia kerja di sana. Tapi ketika mula-mula kami berkawan dia tak kenal tak tahu pun yang saya ni artis. Dia pun yang tak berapa kisah sangat tau dengan saya. Macam, kami tak selalu nak telefon atau excited nak jumpa saya. Jadi itu yang saya rasa menarik tentang dia ni.

"Alhamdulillah, dia terima saya seadanya dan tahu tentang kontroversi-kontroversi saya. Kami pun dah berkenalan dengan keluarga masing-masing. Kami serius tapi untuk satu ikatan seperti bertunang atau berkahwin, buat masa ini belum lagi. Saya tak terkejar-kejar sebab saya nak dia habiskan pengajian dia dulu.

"Saya pun berdoa, kalau boleh dia yang terakhir dalam hidup saya. Saya berharap peminat semua dapat doakan hubungan kami berkekalan. InsyaAllah kalau ada jodoh an tiba masanya nanti, saya beritahu", katanya bakal membuat kemunculan semula bersama Rahim R2 dan Munir dalam pentas Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan menggelarkan kumpulan mereka, Kucai.

Sementara itu wartawan sempat juga bertanyakan kepada Syafiqah apa yang membuatkan dia terbuka hati menerima Mamat dan gadis berusia 23 tahun ini berkata,

"Dia seorang yang serius walaupun hakikatnya dia seorang pelawak. Mula-mula tu memang saya tak tahu yang dia artis sehinggalah kawan saya beritahu saya. Saya pun masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan dunia kerjaya dia", tutur penuntut jurusan Ijazah Sarjana Perdangangan Antarabangsa di MSU, Shah Alam ini.

Adi Putra Dimasukkan ke Wad Kecemasan

Pelakon popular Adi Putra berada di wad kecemasan sebuah hospital di ibu negara selepas mengalami masalah kesihatan pagi ini.

Bagaimanapun, isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, ketika dihubungi Utusan Online enggan menjawab sebarang soalan, termasuk keadaan suaminya dan hospital berkenaan.

"Maaf saya tidak boleh beritahu apa-apa sekarang. Kami masih berada di wad kecemasan," katanya.

Zuhaidah dalam laman Instagram nya kira-kira pukul 9 pagi ini memaklumkan bahawa beliau sedang berada di dalam ambulans untuk membawa Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 32, ke hospital.

Dua hari lalu, isterinya turut memuatkan gambar Adi sedang terlantar di hospital tetapi tidak memberikan penjelasan berhubung punca pelakon lelaki digilai itu dimasukkan ke hospital.

Adi sebelum Aidilfitri lalu dilapor berada di Mekah kerana menunaikan umrah.

Bekas Adik Ipar Suruh Rita Rudaini 'Cermin Diri'

Pemain pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Zaquan Adha Abd Razak menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar menerusi laman Twitter peribadinya semalam, sebagai melampau dan keterlaluan.

Zaquan yang juga kembar kepada bekas suami Rita, Aidil Zakuan berkata, pelakon itu seharusnya muhasabah diri terlebih dahulu sebelum mahu menyentuh isu agama.

“Jangan sesedap mulut cakap orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal-hal agama.

“Dan kalau rasa diri itu tinggi ilmu agama... mari bersemuka,” kata Zaquan.

Zaquan juga mahu Rita Rudaini berhenti daripada menagih simpati orang lain dengan memburukkan keluarganya kepada pihak media.

“Sudah-sudahlah nak raih simpati orang. “Lagipun, kau boleh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tapi jangan babitkan orang tua dan keluarga aku,” tegas Zaquan yang juga suami kepada Ayu Raudah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Rita yang menganggap tindakan Aidil menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini terutama di Bulan Ramadhan adalah perbuatan orang yang cetek ilmu agama.

Menerusi laporan berita tempatan hari ini, Rita memberitahu bahawa beliau sudah buka buku baru dalam kehidupannya sejak Aidil menceraikannya dengan talak satu pada 4 Ogos lalu, iaitu pada malam 27 hari berpuasa.

“Hati saya sudah lama kosong... kosong sekosongnya! Tiada kata yang dapat diungkap untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini.

“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu.

"Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand.

Sanggup harungi lautan api. Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan?,” ujarnya.

Sebelum ini, kemelut perkahwinan yang dilalui Rita 37, akhirnya tiba di penghujung apabila suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil 26, menceraikannya dengan talak satu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), baru-baru ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...